Memandikan Jenazah

Seseorang yang telah meninggal harus dibersihkan sebelum dikafani dan dikuburkan, berikut tata cara memandikan jenazah.

>Hal yang dipersiapkan sebelum memandikan jenazah :

  • Sediakan tempat mandi.
  • Sabun mandi.
  • Air daun bidara.
  • Air bersih.
  • Sugi - 7 batang.
  • Sarung tangan - 3 atau 5.
  • Sedikit kapas.
  • Air kapur barus.
  • Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

  • Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa

  • Gunting

  • Kapas

  • Cendana

  • Kapur barus

  • Air mawar

  • Minyak wangi (Minyak Attar)

  • Tikar jerami

  • Bantal (dari daun pandan)
  • Tempat mandi yang khas.
> Cara memandikan jenazah :

  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

  4. Sediakan air sabun.

  5. Sediakan air kapur barus.

  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

  1. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

  2. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

  3. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

  4. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
    • Untuk Jenazah laki-laki : Nawaitulgusli lihaadal mayyiti lillahita'ala
    • Untuk Jenazah perempuan : Nawaitulgusli lihaadihi mayyitati lillahita'ala


  5. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

  6. Siram sebelah kanan 3 kali.

  7. Siram sebelah kiri 3 kali.

  8. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

  9. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

  10. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

  11. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

  12. Lepas itu wudukkan mayat.

  13. Siram dengan air sembilan.

  14. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

  15. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

  16. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

  17. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).

  18. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya


    Sumber : http://dzulnain.tripod.com/syumul/jenazah/jenazah.htm

posted under |

0 komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

Followers


Recent Comments